<body><script type="text/javascript"> function setAttributeOnload(object, attribute, val) { if(window.addEventListener) { window.addEventListener('load', function(){ object[attribute] = val; }, false); } else { window.attachEvent('onload', function(){ object[attribute] = val; }); } } </script> <div id="navbar-iframe-container"></div> <script type="text/javascript" src="https://apis.google.com/js/platform.js"></script> <script type="text/javascript"> gapi.load("gapi.iframes:gapi.iframes.style.bubble", function() { if (gapi.iframes && gapi.iframes.getContext) { gapi.iframes.getContext().openChild({ url: 'https://www.blogger.com/navbar.g?targetBlogID\x3d6101817432353992274\x26blogName\x3dSuperDuperFa.\x26publishMode\x3dPUBLISH_MODE_BLOGSPOT\x26navbarType\x3dBLUE\x26layoutType\x3dCLASSIC\x26searchRoot\x3dhttps://effablog.blogspot.com/search\x26blogLocale\x3den\x26v\x3d2\x26homepageUrl\x3dhttp://effablog.blogspot.com/\x26vt\x3d-8576169036500560177', where: document.getElementById("navbar-iframe-container"), id: "navbar-iframe" }); } }); </script> <iframe src="http://www.blogger.com/navbar.g?targetBlogID=3054107564476057249&blogName=url.blogspot.com&publishMode=PUBLISH_MODE_BLOGSPOT&navbarType=BLACK&layoutType=CLASSIC&homepageUrl=http%3A%2F%2Furl.blogspot.com%2F&searchRoot=http%3A%2F%2Furl.blogspot.com%2Fsearch" height="30px" width="100%" marginwidth="0" marginheight="0" scrolling="no" id="navbar-iframe" frameborder="0"></iframe> <div id="space-for-ie"></div>
Daisypath Anniversary tickers

Saturday, November 29, 2008Y
Geram sangat-sangat


Entah kenapa babyfa rasa macam nak gigit ( orang tranung kate KEKOH ) orang je.Pagi-pagi lagi dah ada Urusan Seri Paduka Baginda.
Khamis : babyfa bangun tergesa-gesa nak pergi kelas
kawan babyfa cakap ( telefon lorh ) kelas tunda hari jumaat
Jumaat : babyfa bangun seawal 6.30 pagi.babyfa siap mandi lagi ( wangi cangat ! )
kawan babyfa cakap ( sms lorh ) kelas batal , ganti hari sabtu
Sabtu : babyfa pergi ke sekolah pada jam 8.03 pagi , namun tiada manusia di sana melainkan
Mie ( pok guard ) yang sedang memicit-micit keypad hp dia.
babyfa sms kawan babyfa , tetapi beliau cakap kelas akan bermula pada jam 9.00 pagi
babyfa melihat pada meter minyak yang agak kurang.babyfa tiada pilihan ( ala-ala cadangan ditutup ). Chemong membawa babyfa balik ke rumah.
9.00 pagi : babyfa pergi buat kali ke-2 . Masih tiada orang ! ( babyfa kene kencing ke ? ) orang tranung cakap LEBONG.
9.10 pagi : babyfa mengambil keputusan untuk pulang ke rumah je ! ( baik babyfa tido )
Di pertengahan jalan , babyfa berserempak dengan rakan seperjuangan babyfa yang
ingin ke kelas.babyfa pun dah malas nak pusing-pusing.babyfa bernekad untuk
pulang ke rumah
p/s; lain kali kalau ada kelas cakap betul-betul , tetapkan masa dan tempat
jangan menyusahkan orang lain

ends at 10:54:00 AM

Friday, November 28, 2008Y
Pagi Yang Gelap
















( suasana sarang babyfa yang belum update lagi p/s; bilik ke kubur nih? )

babyfa terjaga dari beradu setelah pintu gerbang istana babyfa disepak-sepak oleh permaisuri raja.(aisey man... x bley tido) babyfa ingat nak pergi la perah peluh tapi hari pulak hujan.( wat penat babyfa bangun tido je )


Oleh itu , babyfa mengambil keputusan untuk bersiar-siar sekitar dungun ( pergi pasar je ) . Sedang babyfa berguling-guling di hadapan sebuah bangunan tinggalan , babyfa terasa ingin menyelongkar rahsia disebalik nya.babyfa memberi tahu hasrat ini kepada rakan perSETANan babyfa ( norayuyue = SETAN ) sebaik sahaja babyfa selamat berkhatan SPM pada 1hb Dec ini.Nantikan kemunculan misteri tinggalan bangunan lama yang akan diterbitkan tidak lama lagi khas buat warga mydungun.net.babyfa akan cuba menyingkap disebalik sejarah ( macam cite Misteri Nusantara le plak ). Walaubagaimana pun , babyfa kene diskas dulu dengan Persatuan Setan-Setan Comel dahulu untuk memastikan taraf ilmu geometeri kami di tahap aras melepasi banjir. ( ala - ala Taman Rakyat )

ends at 10:18:00 AM

Wednesday, November 26, 2008Y
Pertandingan Impress Parlimen


( ni hadiah babyfa yang telah dirompak oleh En.lanun )






(perhatikan tangan En.Lanun yang sedang meraba-raba...laptop daa)


( Tajaan : Krimm.Network & Bestari.Com p/s; kat belakang tu gambar babyfa masa tadika daa )


" Hari ini , tarikh ini 26 Novermber 2008 , saya akan mengukir sejarah buat Bescomm Sura " itulah kata-kata keramat pembukaan pembentangan babyfa ketika berada di Bescomm Paka.


Perjalanan Bermula

Pada jam 9.45 pagi ( jam 3.71 petang / jam Uganda ) babyfa tergopoh-gapah bersama-sama En.Lanun pulang ke Dungun untuk mengambil laptop ( macam karipap ubi gitu ) untuk membuat presentation.Nah ! padan muke babyfa buat font lawa-lawa ( saje je nak eksyen lebih ) skali tak keluar pada laptop En.Lanun daa..

Tanpa segan silu dan sendu En.Lanun telah mendriftkan kereta menuju ke jalan yang benar ( ala-ala menuju ke syurga gak la ) babyfa yang hanya duduk disebelah ( macam orang tengah bersanding ) sebab bimbang akan keselamatan yang jet-jet pejuang askar jepun menyerang kami.

Perjalanan Ditengah-tengah
babyfa pada mulanya kurang yakin terhadap diri oleh kerana masalah kesihatan tetapi memikirkan usaha selama ini perlulah berbaloi ( kamdar memang berbaloi ) . Dah alang-alang menyeluk pekasam biar sampai ke pangkal lengan.( 10 markah diberikan kerana penggunaan peribahasa ) . babyfa membebel dikhalayak ramai ( ada la dalam 20 orang gitu ) membebel dan terus membebel ( orang tranung kate BLEBER / BOBEK ) yang dimana akhirnya telah mengangkat bakul yang berkilo-kilo beratnya ( jangan kata bakul , lori pun babyfa angkat ) kerana mempromosikan Mydungun.net secara sengaja atas kehendak sendiri.Tenaga pengajar yang babyfa cintai turut mendapat populariti yang sihat ( cikgu babyfa memang glamour pon ! ) babyfa bukan apa , cuma bangga jadi anak jati Dungun.Walaupun orang KL kata Dungun ni Cakiea mahupun Cikai , babyfa peduli apa ! Tak heran la ke nok GOCOH .. ?

Perjalanan Akhir
Terkojat ( terkejut ) jugak babyfa apabila diumumkan mendapat first place.Wah wah.. pertama kali masuk ni.babyfa tak sangka percikan air liur babyfa yang masih melekat pada skrin tayang pancaran projector mendapat berkat. ( agak-agak kalau lap boleh perah ) . tapi apa yang babyfa nak cakap kat sini , babyfa BANGGA bukan kerana hasil titik peluh babyfa sahaja.babyfa BANGGA dengan komitmen guru babyfa yang sememangnya banyak mengalami tekanan perasaan melayan kerenah babyfa yang sebenarnya bukan baby lagi.Thanks cikgu ! that why i like you ! ( nada ; abang nyah gitu )

ends at 8:00:00 PM

Sunday, November 23, 2008Y
Penat + teman - urusan = seronok !

Suatu tengahari cuaca agak hot and spicy , babyfa pergi ke suatu tempat ( habitat komputer ) . babyfa datang menaiki chemong ler ( kalo tak sapalah yang sudi nak bawak babyfa ni ) . Kemudian , babyfa melihat-lihat komputer disitu ( ala-ala window shopping ) , babyfa pun mengajak teman-teman babyfa pergi lunch kat ' medang perang ' . Sebelum pergi lunch , kiteorang pergi test suara dulu.SENONOT sangat-sangat ( sebab babyfa terkene kejutan budaya ) tak sangka suara beliau best ( puji-puji ikhlas ) . Lain kali kalo babyfa nak test suara kene ajak beliau lagi la. Pergh kalau korang dengo suara beliau .. confirm korang akan mintak jadi girlfriends beliau... ! wahhhhhh....

ends at 8:01:00 PM

Friday, November 21, 2008Y
Study Yey !

( Hak Cipta Terpelihara ; ini semua harta babyfa , takda share dengan mana-mana pihak )

Hari ini tak tahu kenapa babyfa tergerak hati nak belajar Prinsip Perakaunan yang selama ni babyfa benci sangat-sangat ( orang tranung kate KOHOK ) . Petang tadi babyfa pergi menuntut ilmu di sebuah kediaman.Apa yang menarik , babyfa suka pada kucing-kucing perliharaan beliau.Mula-mula babyfa sangka anak rimau skali kucing da...Babyfa juga diberi minuman yang percuma oleh adik beliau ( babyfa memang suka air free ! ).Kemudian babyfa pulang ke rumah dalam suasana hujan sepoi-sepoi bahasa iban.
Setelah pulang ke rumah babyfa cuba membuat ulangkaji apa yang telah babyfa tuntut di Gunung Ledang tadi.(rajinnya babyfa !) Memang best , tapi kalau betul lah.Selepas seketika babyfa buat latihan tetapi SALAH , babyfa mengambil keputusan untuk menonton Senario je.
p/s;agak-agaknye la kan..kucing spesis apa yang beliau bela??

ends at 9:52:00 PM

Thursday, November 20, 2008Y
SPM

( suasana 5 intan 4 - p/s; langsir ditaja oleh Pn.Aminah )

Kelihatan babyfa yang masih termenung memikirkan jawapan dan penyelesaian untuk subjek Additional Mathematics ( ngah berangan sebenarnya ) serta berlagak menekan-nekan kalkulator Casio 570 ( ingin memberitahu kalkulator nya masih banyak beteri ) yang kini masih menyibukan dirinya dengan persiapan hari-hari terakhir untuk kertas Physics dan juga Prinsip Perakaunan.

ends at 11:23:00 PM

Perasmian Yang Tidak Rasmi

Hajat dihati nak kembali ke alam blog ni selepas Skim Persetanan Malaya ( hanya dilaksanakan dalam pendidikan Alaska ) ataupun kini lebih dikenali di Malaysia iaitu Sijil Pelajaran Malaysia ( SPM ) tetapi babyfa agak dengki dengan En.lanun ( Anak En.Penyamun ) yang kini giat dalam blogger.Pada mulanya , dia yang dengki , sekarang...? Nah ! babyfa pulak yang dengki.Haiyark ! Dah le tu , banyak pulak dia ada blog.Geram saya !

p/s; Diharap tiada pulak yang dengki selepas ini

ends at 11:01:00 PM