( Tajaan : Krimm.Network & Bestari.Com p/s; kat belakang tu gambar babyfa masa tadika daa )" Hari ini , tarikh ini 26 Novermber 2008 , saya akan mengukir sejarah buat Bescomm Sura " itulah kata-kata keramat pembukaan pembentangan babyfa ketika berada di Bescomm Paka.
Perjalanan Bermula
Pada jam 9.45 pagi ( jam 3.71 petang / jam Uganda ) babyfa tergopoh-gapah bersama-sama En.Lanun pulang ke Dungun untuk mengambil laptop ( macam karipap ubi gitu ) untuk membuat presentation.Nah ! padan muke babyfa buat font lawa-lawa ( saje je nak eksyen lebih ) skali tak keluar pada laptop En.Lanun daa..
Tanpa segan silu dan sendu En.Lanun telah mendriftkan kereta menuju ke jalan yang benar ( ala-ala menuju ke syurga gak la ) babyfa yang hanya duduk disebelah ( macam orang tengah bersanding ) sebab bimbang akan keselamatan yang jet-jet pejuang askar jepun menyerang kami.
Perjalanan Ditengah-tengah
babyfa pada mulanya kurang yakin terhadap diri oleh kerana masalah kesihatan tetapi memikirkan usaha selama ini perlulah berbaloi ( kamdar memang berbaloi ) . Dah alang-alang menyeluk pekasam biar sampai ke pangkal lengan.( 10 markah diberikan kerana penggunaan peribahasa ) . babyfa membebel dikhalayak ramai ( ada la dalam 20 orang gitu ) membebel dan terus membebel ( orang tranung kate BLEBER / BOBEK ) yang dimana akhirnya telah mengangkat bakul yang berkilo-kilo beratnya ( jangan kata bakul , lori pun babyfa angkat ) kerana mempromosikan Mydungun.net secara sengaja atas kehendak sendiri.Tenaga pengajar yang babyfa cintai turut mendapat populariti yang sihat ( cikgu babyfa memang glamour pon ! ) babyfa bukan apa , cuma bangga jadi anak jati Dungun.Walaupun orang KL kata Dungun ni Cakiea mahupun Cikai , babyfa peduli apa ! Tak heran la ke nok GOCOH .. ?
Perjalanan Akhir